Dengan lafaz
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt,
SAAT MEREKA TERIMA HIDAYAH DAN KEMBALI KE FITRAH, MEMBANTU MUALLAF ITU MENJADI AMANAH
Syukur ke hadrat Allah SWT, kami di ISUFOM KL seringkali berbincang sesama ahli jawatan kuasa dan ketika dalam Lawatan Mahabbah ke Agensi2 Islam di peringkat NGO, Negeri, Negara etc beserta Usrah dengan para Pendakwah, apabila kami bersembang tentang keperluan atau bantuan kepada seorang Muallaf, boleh dikatakan semua setuju bahawa bantuan yang diperlukan setiap individu Muallaf (Saudara Kita) adalah berbeza.
Bantuan yang paling ketara adalah sara hidup, kesihatan, bantuan pendidikan anak-anak, peluang pekerjaan dan tiada tempat tinggal yang selesa.
Maka, dengan izin Allah SWT, ISUFOM KL kini telah melancarkan Tabung Infaq Muallaf beserta klasifikasi bantuan (Set – A ke F) mengikut keikhlasan dan kemampuan penderma dalam usaha membantu sahabat-sahabat Muallaf/Saudara Kita ini.
Marilah sama2 kita menderma ke dalam Tabung Infaq Muallaf ISUFOM KL supaya kami dapat salurkan dan hulurkan pada mereka dengan tepat mengikut keadaan semasa mereka.
Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kami. Amin.
Kami amat-amat menghargai Tuan Puan untuk share kempen derma ini ke media sosial di bawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana butang di bawah:
ISUFOM KL adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Kami menumpukan sepenuh perhatian terhadap kebajikan & kehidupan saudara seIslam dengan mengukuhkan pengisian iman dalam hati, mempertahankan hak-hak mereka, memupuk semangat jati diri dan memberikan suasana positif buat mereka.
Copyright © 2020 ISUFOM KL (PPM-006-14-29122021). Managed Service By LamanWeb